Aktiviti & Berita

PELAKSANAAN KEMPEN KESEDARAN LARANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK JINJIT SEKALI GUNA MELALUI PENEKANAN AMALAN 5R (REFUSE, REDUCE, RECYCLE, RECOVER) DI KAWASAN PENTADBIRAN MPTI

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • PELAKSANAAN KEMPEN KESEDARAN LARANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK JINJIT SEKALI GUNA MELALUI PENEKANAN AMALAN 5R (REFUSE, REDUCE, RECYCLE, RECOVER) DI KAWASAN PENTADBIRAN MPTI
18 DISEMBER 2025 (KHAMIS) - Majlis Perbandaran Teluk Intan telah berjaya melaksanakan Kempen Kesedaran Larangan Penggunaan Beg Plastik Jinjit Sekali Guna Melalui Penekanan Amalan 5R di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Kempen ini bertujuan sebagai Inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurangan penggunaan plastik jinjit sekali guna terus dilakukan bagi kelestarian alam juga selaras dengan matlamat usaha Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan larangan sepenuhnya beg plastik sekali guna (single-use plastic bags) di seluruh negeri bermula 1 Januari 2026.
Sebagai usaha mengurangkan pencemaran dan selaras hasrat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), berikutan kaedah caj 20 sen didapati kurang berkesan untuk mengurangkan penggunaannya. Larangan ini akan melibatkan semua premis perniagaan, dan langkah ini akan diambil selepas mendapat pertimbangan akhir dari Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Kempen Inisiatif 5R telah dihadiri hampir 300 orang dari Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk dan telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI). Turut hadir sama PPgB Mohd Ismail bin Mohd Yunus, Pegawai Bomba Daerah Teluk Intan, Encik Muhammad Syahmi bin Sazali, Pegawai Perpaduan Daerah Hilir Perak, Puan Nurlaila binti Abdul Azid, Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak, Encik Md Nor Ramli bin Ismail, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Dr. Muhamad Razi bin Zakaria, Pakar Perubatan Kesihatan Awam mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak, Ahli Majlis MPTI, Rakan Media, Ketua Jabatan MPTI, Rakan Peniaga Premis Tetap Hilir Perak dan Bagan Datuk, dan Pelajar-Pelajar sekolah Menengah dan Rendah Hilir Perak.

600264074 1170665018576025 2742561487498650660 N
600276126 1170664835242710 6024805682623585022 N
600281753 1170664601909400 6225570904117837868 N
600288611 1170664595242734 9125596408400554524 N
600300523 1170664848576042 3432613135443638674 N
600342862 1170664998576027 5228291378254569011 N
600358806 1170664641909396 765094337647073889 N
601144205 1170664511909409 800828879455983130 N
601372160 1170664565242737 1736819920614199330 N
601386015 1170664481909412 6682746763512226615 N
601851863 1170664568576070 8252698891660317693 N
602358951 1170664625242731 3946029484881565650 N
602460960 1170664525242741 8569954271240960837 N
602485575 1170664885242705 7335801434618762321 N
603049493 1170664805242713 7641440557403872101 N
603848111 1170664485242745 2546013929546145299 N
604754535 1172681681707692 2035872838374158570 N

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 12/03/2026 | Jumlah Pelawat : 38210
EKSA