17 DISEMBER 2025 (RABU) - Majlis Perhimpunan Bulanan & Sanjungan Budi di atas pertukaran Tuan Setiausaha MPTI diadakan di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan. Tujuan utama majlis ini dianjurkan adalah untuk menzahirkan ucapan "selamat maju jaya" kepada YBrs Tuan Hj Mohd Azhar Alias Setiausaha Perbandaran MPTI yang akan bertukar ke Majlis Daerah Perak Tengah sebagai Yang Dipertua Perak Tengah.
Hadir sama Yang Dipertua MPTI YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim, yang dirai YBrs Tuan Hj Mohd Azhar Alias Setiausaha MPTI, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Seluruh Warga Kerja MPTI.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih serta selamat maju jaya kepada YBrs Tn Hj Mohd Azhar Alias Setiausaha Perbandaran MPTI kerana telah mencurahkan bakti dan tenaga sepanjang bertugas di MPTI.
Bintang Barat Terbit Petang,
Bintang Timur Terbit Pagi,
Jikalau tidak melarat panjang,