Aktiviti & Berita

MPTI TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN MENTERI KPKT 2025 BAGI ANUGERAH PBT CEMERLANG KATEGORI PERBANDARAN DAN ANUGERAH KEPIMPINAN PBT TERBAIK

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MPTI TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN MENTERI KPKT 2025 BAGI ANUGERAH PBT CEMERLANG KATEGORI PERBANDARAN DAN ANUGERAH KEPIMPINAN PBT TERBAIK
8 November 2025 - Bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur jam 8.00 malam, MPTI telah menerima Anugerah PBT Cemerlang bagi Kategori Perbandaran meraih Naib Johan dan juga mendapat tempat ketiga bagi Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik kategori Perbandaran kepada YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua MPTI, Kesemua hadiah dan sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Hadir sama pada majlis tersebut, YBhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri; YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); serta YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT.
AKM KPKT 2025 merupakan platform pengiktirafan tertinggi kepada warga perkhidmatan awam, jabatan, agensi serta PBT di seluruh negara yang menunjukkan kecemerlangan, integriti dan komitmen tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 12/03/2026 | Jumlah Pelawat : 38210
EKSA