FESTIVAL KOIR PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK 2025
TELUK INTAN, 4 DISEMBER 2025 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Teluk Intan selaku "Tuan Rumah" melakar sejarah pada tahun ini apabila berjaya menganjurkan Festival Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Tahun 2025.
Festival KOIR yang melibatkan penyertaan 12 PBT seluruh negeri Perak ini telah dirasmikan oleh YB Puan Sandrea Ng, (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak) mewakili YAB Menteri Besar Perak. Turut hadir memberikan sokongan Datuk Bandar Ipoh dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak.
Majlis Perbandaran Teluk Intan menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada semua Rakan Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam penyertaan Festival KOIR Pihak Berkuasa Tempatan Piala YAB Menteri Besar Perak pada tahun ini.
Pihak MPTI juga menzahirkan ucapan sekalung tahniah dan syabas kepada PBT yang telah berjaya merangkul juara Festival KOIR PBT Negeri Perak pada tahun ini. Anda semua memang "Owesome"