Aktiviti & Berita

MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN RANGKUL NAIB JOHAN KATEGORI LESTARI BUMI HIJAU (AILBH) MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2025

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN RANGKUL NAIB JOHAN KATEGORI LESTARI BUMI HIJAU (AILBH) MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2025
IPOH, 17 November 2025 โ€“ Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) mencipta sejarah membanggakan apabila Kumpulan MPTI Go Green meraih Naib Johan bagi Kategori Lestari Bumi Hijau (AILBH) sempena Majlis Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2025 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Aplikasi MPTI Go Green merupakan sebuah inovasi pendidikan digital yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MPTI untuk memperkasa budaya amalan kitar semula dalam kalangan Generasi Alpha. Aplikasi ini mempunyai tujuh komponen iaitu Nota Minda, Nota Grafik, E-Sukan Pendidikan Sisa Elektro MPTI, Kuiz Alam Sekitar MPTI, Pembelajaran Berasaskan Komersial (PBK) MPTI, Ejen AI MPTI dan Maklum Balas MPTI.
Ahli kumpulan ini diketuai oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI), Ts. Mohd Amir Md Khalid (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran), En. Nor Fahmi Shah Nor Ehsan (Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran) dan En. Ahmad Fazree Ahmad Fuzi (Pen. Pegawai Teknolgi Maklumat).
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, yang mewakili YAB Menteri Besar Perak, kepada YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua MPTI. Dengan kejayaan ini, MPTI menerima wang tunai RM8,000, sijil beserta piala iringan sebagai pengiktirafan atas hasil inovasi yang dihasilkan dan dipertandingkan.
Seluruh Warga Kerja MPTI merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Kumpulan MPTI Go Green yang terlibat di atas komitmen tinggi dan usaha berterusan sehingga melakar kejayaan bermakna ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk memperkasa lagi budaya inovasi dalam merealisasikan MPTI ke arah makmur dan harmoni, ๐ŸŽ€ ๐’ฏ๐ธ๐ฟ๐’ฐ๐’ฆ ๐ผ๐’ฉ๐’ฏ๐’œ๐’ฉ ๐’ฏ๐’œ๐’ฉ๐’ซ๐’œ ๐’ฎ๐’œ๐‘€๐’ซ๐’œ๐ป ๐’ซ๐’œ๐’ฎ๐’ฏ๐ผ ๐’œ๐’ฆ๐’œ๐’ฉ ๐ฟ๐ธ๐ต๐ผ๐ป ๐ผ๐’ฉ๐’Ÿ๐’œ๐ป ๐ŸŽ€
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara ยฉ 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 12/03/2026 | Jumlah Pelawat : 38210
EKSA