23 NOVEMBER 2025 (AHAD) - BAGAN DATUK mencipta sejarah dengan penganjuran Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah 2025 Edisi kedua, acara larian pertama seumpamanya di kawasan ini yang turut di hadiri oleh YAB Dato Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Program ini telah disertai hampir 2000 peserta dari dalam dan luar negara juga kehadiran pelari antarabangsa dari 10 buah negara yang telah mengambil bahagian.
Sebanyak 11 kategori dipertandingkan program larian pada kali ini iaitu, (Kategori 21KM) A Men Open, Kategori B Women Open, Kategori C Men Veteran, Kategori 10KM) D Men Open, E Women Open, F Men Veteran, G Women Veteran, (Kategori 5KM) V Fun Run Men Open, W Fun Run Women Open, M School Boys dan N School Girl.
Pelepasan larian 21KM jam 3.00 pagi telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI bersama Pegawai Khas TPM Clr Mohd Nasoha Md Nasir. Pelepasan larian 10KM pada jam 3.30 pagi telah disermpunakan oleh YBhg Dato Khairuddin Hj Tarmizi (PTTK kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia) bersama Tuan Yang Dipertua MPTI.