Aktiviti & Berita

LAPORAN PEMERIKSAAN BAZAR RAMADAN TELUK INTAN TAHUN 2026

25 FEBRUARI 2026 (RABU) - Pemeriksaan telah dilaksanakan di Bazar Ramadan Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.
Lawatan ini bertujuan memastikan tahap kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan syarat lesen berada pada tahap yang memuaskan sepanjang penganjuran bazar Ramadan tahun ini. Pemeriksaan meliputi aspek pengendalian makanan, kebersihan persekitaran gerai, pemakaian pengendali makanan, susun atur peralatan dan pengurusan sampah yang baik.
Dalam masa yang sama, sesi serahan flyer bagi Program Anugerah Gerai Tip Top 2026 turut diadakan kepada para peniaga. Program ini diteruskan pada tahun 2026 sebagai satu inisiatif MPTI untuk memberi galakan dan motivasi kepada peniaga agar sentiasa mengekalkan standard kebersihan yang tinggi serta memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti kepada pengguna.
Sambutan peniaga terhadap program ini amat positif dan memberangsangkan. Rata-rata peniaga menunjukkan komitmen yang baik dalam menjaga kebersihan gerai serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan imej bazar Ramadan, malah memberi keyakinan kepada pengunjung untuk membeli dalam suasana yang selamat dan selesa.
Secara keseluruhannya, tahap pematuhan adalah memuaskan. Diharapkan melalui pelaksanaan berterusan Program Anugerah Gerai Tip Top ini, budaya amalan kebersihan dan kualiti makanan dapat terus diperkasa demi kesejahteraan masyarakat.

640705125 1224157833226743 5836256288328664260 N
643311665 1224157836560076 8687707354148320074 N
643391790 1224157829893410 588979748906343242 N
643738251 1224157906560069 8694200104143924147 N
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 12/03/2026 | Jumlah Pelawat : 38210
EKSA