Aktiviti & Berita

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN & SANJUNGAN BUDI

27 JAN 2025 (ISNIN) - Majlis Perhimpunan Bulanan & Sanjungan Budi di atas pertukaran Puan Setiausaha MPTI diadakan di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan. Tujuan utama majlis ini dianjurkan adalah untuk menzahirkan ucapan "selamat maju jaya" kepada YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail Setiausaha Perbandaran MPTI yang akan bertukar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Hadir sama Yang Dipertua MPTI YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim, YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail Setiausaha MPTI, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Seluruh Warga Kerja MPTI.
Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) turut mengaktifkan Skuad Ihsan MADANI MPTI dengan keanggotaan 30 sukarelawan terdiri daripada pegawai dan anggota MPTI. Skuad Ihsan MADANI MPTI adalah bukti komitmen MPTI dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti, dan empati dalam membantu kalangan masyarakat setempat.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih serta selamat maju jaya kepada YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail Setiausaha Perbandaran MPTI kerana telah mencurahkan bakti dan tenaga sepanjang bertugas di MPTI.
Bintang Barat Terbit Petang,
Bintang Timur Terbit Pagi,
Jikalau tidak melarat panjang,
Ada Umur Ketemu Lagi.

1
10
11
12
13
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA