Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN KE MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

31 JULAI 2025 (KHAMIS) - Lawatan Penandaarasan Majlis Perbandaran Pontian ke Majlis Perbandaran Teluk Intan. Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) bersama delegasi seramai 30 orang pegawai kanan dari pelbagai Jabatan dan Bahagian MPPn.
Sesi lawatan tersebut disambut baik oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan) bersama Pengarah-Pengarah Jabatan MPTI.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan mempekukuh jalinan kerjasama bagi mendapatkan perkongsian berkaitan Sistem Star Rating, pemfailan dokumen-dokumen serta maklumat-maklumat lain berkaitan penilaian ini dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus organisasi secara lebih cekap, sistematik dan berkesan.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) atas kesudian hadir ke MPTI. Semoga hubungan strategik ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

1
10
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA