28 APRIL 2025 (ISNIN) - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Tahun 2024/2025 telah berlangsung pada 28 April 2025 (Isnin), jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi kerja terbaik sepanjang tahun 2024. Perasmian program ini disempurnakan oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI. Turut hadir YBrs Tn. Hj Mohd Azhar bin Alias (Setiausaha Perbandaran MPTI), Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Unit MPTI serta rakan-rakan media.
Seramai 26 pegawai dan anggota menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 11 anggota menerima Anugerah Terampil MPTI. Selain majlis juga berkesempatan menyampaikan cenderahati kepada 13 orang pesara wajib dan pilihan yang bakal meninggalkan perkhidmatan awam MPTI pada tahun ini. Bagi pihak majlis, MPTI merakamkan penghargaan kepada semua pesara yang telah banyak menabur bakti jasa dan tenaga sepanjang tempoh perkidmatan di MPTI semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan maju jaya.
Majlis Perbandaran Teluk Intan mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap agar pengiktirafan ini akan menyuntik semangat mereka untuk terus mempertingkatkan lagi produktiviti dan menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain.
Dikesempatan itu juga, pihak MPTI mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada Exco Kerajaan Negeri Perak YB Tuan 吴家良 Woo Kah Leong yang telah memberi sedikit sumbangan dalam menjayakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini.