Pengumuman

NOTIS HEBAHAN KERETA BURUK BAGI TUJUAN PELUPUSAN DI STOR MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN (MPTI)

        

NOTIS HEBAHAN KERETA BURUK BAGI TUJUAN PELUPUSAN DI STOR MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN (MPTI)

Kereta-kereta buruk seperti senarai di bawah telah ditunda dan disimpan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Stor MPTI atas kesalahan di bawah subseksyen 46(1)(e) dan dibaca bersama subseksyen 46(3)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu meletakkan atau menyebab diletakkan kereta buruk di mana-mana tempat awam yang menyebabkan suatu halangan.

Pemilik-pemilik kereta buruk tersebut boleh membuat tuntutan dengan membawa bukti Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) beserta dokumen-dokumen sokongan dan kos-kos yang akan dikenakan oleh pihak MPTI pada atau sebelum 19 Ogos 2026. Jika tiada tuntutan selepas tamat tempoh yang diberikan, kenderaan ini akan dilupuskan tanpa sebarang notis lagi. Senarai kereta buruk yang terlibat adalah seperti berikut :-

 

BIL

NO. PENDAFTARAN

JENIS KENDERAAN

TARIKH TUNDA

01.

PFA 7122

PROTON WIRA

19.06.2024

02.

BED 5628

TOYOTA CAMRY

19.06.2024 







Sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan tersebut boleh hubungi Bahagian Penguatkuasa MPTI di talian 05-622 1299 (ext 146).

Catitan : Notis ini dicetak oleh komputer dan tidak memerlukan tandatangan.

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 04/08/2026 | Jumlah Pelawat : 38168
EKSA