
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut:
| Rujukan Tender |
Tajuk Projek |
Gred & Pengkhususan |
Harga (RM ) |
|
MPTI/P-SH/36/2025 - JKJ
|
Menaik taraf kemudahan dan baikpulih kelengkapan Dewan Bandaran Teluk Intan, Mp Teluk Intan
|
Gred : G2 Kategori: B Pengkhususan : B24
|
RM 60.00 |
MPTI/P-SH/37/2025 - JKJ
|
Menaik taraf pasar Teluk Intan, Teluk Intan, Mp Teluk Intan
|
Gred: G2 Kategori: B Pengkhususan : B24 |
RM 60.00 |
a) Dokumen Sebut Harga boleh dibeli di Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak dengan mengemukakan resit bayaran dokumentasi yang dibayar secara tunai sahaja.
b) Penyebut harga hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal dan sesalinan sijil berikut:-
i) Sijil perakuan pendaftaran kontraktor dengan MPTI
ii) Sijil perakuan pendaftaran (CIDB).
iii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB).
iv) Sijil Taraf Bumiputera Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Sijil Pematuhan Cukai berstatus Patuh (TCC)
Hanya lesen yang berdaftar dengan MPTI sehingga 24 OCT 2025. layak untuk membeli borang sebut harga kecuali melibatkan sebut harga kerja-kerja elektrik.
Tempoh sah sijil-sijil hendaklah tidak kurang 60 hari dari tarikh tutup iklan ini.
d) Dokumen sebut harga mula dijual pada 27 Oktober 2025 hingga tarikh tutup pada 3 November 2025.
e) Dokumen sebut harga yang lengkap disi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bersaiz A4 yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebut harga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga tersebut di Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Speedy, 36000, Teluk Intan, Perak tidak lewat dari jam 12.00
tengahari dan tarikh tutup pada 3 November 2025. (ISNIN).
f) Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
g) Kebenaran Khas (KK) CIDB TIDAK DIBENARKAN menyertai kerja sebut harga ini.
h) Yang Dipertua, MPTI tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
i) Sekiranya penyebut harga tidak mendapat sebarang jawapan daripada Yang Dipertua, MPTI dalam tempoh TIGA (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Tarikh : 23-10-25