
NOTIS HEBAHAN KERETA BURUK BAGI TUJUAN PELUPUSAN DI STOR MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN (MPTI)
Kereta-kereta buruk seperti senarai di bawah telah ditunda dan disimpan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Stor MPTI atas kesalahan di bawah subseksyen 46(1)(e) dan dibaca bersama subseksyen 46(3)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu meletakkan atau menyebab diletakkan kereta buruk di mana-mana tempat awam yang menyebabkan suatu halangan.
Pemilik-pemilik kereta buruk tersebut boleh membuat tuntutan dengan membawa bukti Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) beserta dokumen-dokumen sokongan dan kos-kos yang akan dikenakan oleh pihak MPTI pada atau sebelum 19 Ogos 2026. Jika tiada tuntutan selepas tamat tempoh yang diberikan, kenderaan ini akan dilupuskan tanpa sebarang notis lagi. Senarai kereta buruk yang terlibat adalah seperti berikut :-
|
BIL
|
NO. PENDAFTARAN
|
JENIS KENDERAAN
|
TARIKH TUNDA
|
|
01.
|
PFA 7122
|
PROTON WIRA
|
19.06.2024
|
|
02.
|
BED 5628
|
TOYOTA CAMRY
|
19.06.2024
|
Sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan tersebut boleh hubungi Bahagian Penguatkuasa MPTI di talian 05-622 1299 (ext 146).
Catitan : Notis ini dicetak oleh komputer dan tidak memerlukan tandatangan.