Aktiviti & Berita

CORAT-CORET TAYANGAN SKRIN BESAR (LED) FINAL PIALA DUNIA 2026

20 JULAI 2026- TELUK INTAN | Ribuan terima kasih kepada seluruh warga Teluk Intan dan pengunjung yang hadir memeriahkan Tayangan Skrin Besar (LED) Final Piala Dunia 2026 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
Suasana yang cukup meriah dan penuh semangat apabila orang ramai berkumpul seawal pagi bagi menyaksikan aksi kemuncak antara Sepanyol 🇪🇸 menentang Argentina 🇦🇷. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat membuktikan bahawa sukan bola sepak mampu menyatukan komuniti dalam suasana yang harmoni dan penuh muhibah.
Turut hadir YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan bersama barisan Pengarah Jabatan, serta kakitangan Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi bersama-sama menyaksikan kemeriahan Tayangan Skrin Besar (LED) Final Piala Dunia 2026 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
Majlis Perbandaran Teluk Intan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta kepada para pengunjung yang sentiasa menjaga kebersihan, keselamatan dan ketenteraman sepanjang program berlangsung.
Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di program-program MPTI yang akan datang.

749652203 1055734750237625 4330397766845055173 N
750644127 2243173956419080 7363509587850685931 N
751643133 1034240345679239 9126896372792278713 N
752484761 1036786839049984 9090325987942848338 N
752854689 2126109074968159 3614094786262858020 N
752903102 28572921588962080 8028643289784362805 N

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/09/2026 | Jumlah Pelawat : 38159
EKSA