13 OGOS 2026 | NIBONG TEBAL| Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bersama deligasi yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim, Yang Dipertua MPTI, bersama Dr Nor Akmar binti Ibrahim, Setiausaha MPTI, serta pegawai-pegawai kanan MPTI meninjau kaedah pengurusan dan pengoperasian tapak pelupusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Kunjungan ini turut disertai oleh Encik Ahmad Zabri bin Mohamed Sarajudin, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP, Encik Mohd Naim bin Mohd Ali dan Encik Alif Adham bin Zahari, Penolong Pengarah Kanan Perkhidmatan Perbandaran serta pegawai dan kakitangan MBSP.
Sesi perkongsian memberi tumpuan kepada pengoperasian tapak pelupusan, penggunaan teknologi dan peralatan pengurusan sisa pepejal, pengurusan impak alam sekitar termasuk air larut resap, bau dan gas tapak pelupusan, aspek keselamatan serta pemantauan dan pematuhan peraturan.
Turut dikongsikan ialah pendekatan MBSP dalam pengurangan, pengasingan, pemulihan dan kitar semula sisa pepejal sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pengurusan sisa yang lebih mampan dan berkesan.
Lawatan sebegini bukan sekadar perkongsian teknikal, malah membuka ruang kepada pertukaran pengalaman dan amalan terbaik antara pihak berkuasa tempatan dalam memperkasakan sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, selamat dan mesra alam.