20 JULAI 2026- TELUK INTAN | Ribuan terima kasih kepada seluruh warga Teluk Intan dan pengunjung yang hadir memeriahkan Tayangan Skrin Besar (LED) Final Piala Dunia 2026 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
Suasana yang cukup meriah dan penuh semangat apabila orang ramai berkumpul seawal pagi bagi menyaksikan aksi kemuncak antara Sepanyol
menentang Argentina
. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat membuktikan bahawa sukan bola sepak mampu menyatukan komuniti dalam suasana yang harmoni dan penuh muhibah.
Turut hadir YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan bersama barisan Pengarah Jabatan, serta kakitangan Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi bersama-sama menyaksikan kemeriahan Tayangan Skrin Besar (LED) Final Piala Dunia 2026 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
Majlis Perbandaran Teluk Intan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta kepada para pengunjung yang sentiasa menjaga kebersihan, keselamatan dan ketenteraman sepanjang program berlangsung.
Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di program-program MPTI yang akan datang.