12 Jun 2026 | Pejabat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Teluk Intan
Majlis Angkat Sumpah Jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan telah berlangsung dengan sempurna melibatkan YBrs Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim di Pejabat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ahli Majlis Kanan serta Puan Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan sebagai simbolik kepada amanah dan tanggungjawab yang akan digalas dalam menerajui pentadbiran MPTI ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang, berintegriti dan berkesan kepada masyarakat.
Seluruh warga Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim atas pelantikan dan angkat sumpah jawatan tersebut serta mendoakan agar beliau terus diberikan kejayaan dan kecemerlangan dalam memimpin MPTI demi kesejahteraan warga Teluk Intan.