07 JANUARI 2025 (SELASA) - Majlis Perasmian Bot Trip Memancing oleh pihak Syarikat River Cruise Teluk Intan telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI. Turut hadir bersama Ahli Majlis MPTI Clr En. Abd Aziz Mokhtar, Clr Badrul Hisham Badarudin, serta barisan Pengarah Jabatan MPTI. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada pengusaha Bot River Cruise Teluk Intan En. Muhammad Shahril Mustafa yang telah berjaya memiliki sebuah lagi bot yang diberi nama "Jut Jut, Ting Ting, Nyut Nyut" bagi tujuan aktiviti memancing dan juga dapat memberikan nilai tambah untuk produk pelancongan di Daerah Hilir Perak. Selain itu di River Cruise Teluk Intan juga terdapat pakej-pakej pelancongan seperti aktiviti memancing, menyusuri sungai Perak dan macam-macam lagi.