
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS APRIL 2026
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan berminat untuk menyewa dan menjalankan perniagaan seperti berikut:
| BIL |
PREMIS |
Tarikh Tutup |
Iklan |
| 1 |
PUSAT KOMERSIAL SENTRAL INTAN |
16 / 4 / 2026 |
Download |
| 2 |
PASAR BESAR TELUK INTAN |
16 / 4 / 2026 |
Download |
| 3 |
PASAR BARU LANGKAP |
16 / 4 / 2026 |
Download |
| 4 |
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS / GERAI MPTI |
16 / 4 / 2026 |
Download |
1. Borang permohonan penyewaan boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan pada waktu pejabat (8.00 pagi – 3.30 petang) dengan bayaran proses permohonan RM20.00 setiap satu mulai 3 April 2026 (Jumaat).
2. Tarikh tutup permohonan: Sebelum atau pada 16 APRIL 2026 (Khamis) jam 3.30 petang.
3. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup di atas ataupun tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak mendapat jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya gagal.
5. Pemohon yang berjaya akan menandatangani satu perjanjian penyewaan dan mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (No. Telefon 05-6221299 Ext: 135)
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
36000 TELUK INTAN
3 APRIL 2026