20 JULAI 2026 Bagan Datuk | Kerajaan Negeri Perak terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menerusi Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Kelima Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Dato' Lope Hashim, Bagan Datuk.
Program yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak ini menjadi platform bagi rakyat menyampaikan aduan, mendapatkan penjelasan serta berurusan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan.
Sebanyak 153 aduan telah diterima pada siri kali ini, manakala sehingga Siri Keempat, 722 daripada 862 aduan berjaya diselesaikan, membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap isu rakyat diberi perhatian.
Program ini menghimpunkan 76 kaunter perkhidmatan, 5 kaunter bergerak dan 14 reruai pameran, selain menawarkan Jualan Murah dan Jualan Rahmah bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
Turut hadir YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan.