22 MEI 2026 (JUMAAT) - Majlis sanjungan budi Yang Dipertua MPTI dan Perhimpunan Bulanan MPTI telah berlangsung di Dewan Bandaran MPTI yang dihadiri oleh barisan Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan dan Seluruh Warga Kerja MPTI.
Perhimpunan bulanan ini bukan sekadar rutin bulanan, malah menjadi platform untuk menyatukan warga kerja dalam memastikan setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan rasa tanggungjawab demi kemajuan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk yang kita cintai.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim (Yang Dipertua MPTI) atas segala jasa, kepimpinan serta komitmen sepanjang menerajui Majlis Perbandaran Teluk Intan bermula awal tahun 2023 hingga kini.
Segala usaha, idea dan pengorbanan yang dicurahkan demi pembangunan bandar serta kesejahteraan masyarakat akan sentiasa dikenang dan dihargai. Kepimpinan beliau bukan sahaja membawa perubahan, malah menyatukan semangat kerja berpasukan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Teluk Intan dan Bagan Datuk.
“Jasamu dikenang, baktimu disanjung tuan.”
Semoga terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kejayaan di mana jua berada. Terima kasih atas segala bakti dan khidmat yang dicurahkan.