MENU
 

Pangkah

Kod QR

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data yang terdapat dalam portal data.gov.my juga boleh digunakan secara bebas oleh mana-mana pengguna portal selagi tidak menyalahi terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi data. Ianya juga berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam. 

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

DATA TERBUKA MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

Majlis Perbandaran Teluk Intan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan selagi tidak menyalahi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0.

BIL

TAJUK SET DATA

FORMAT

1

XLS

2

xls

3

xls

4

xls

5

xls

 Sila Klik disini Bagi Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Majlis Perbandaran Teluk Intan                                                                                                                                    DATA TERBUKA IMAGE

DATA TERBUKA NEGERI PERAK