Aktiviti & Berita

YB KM RASMI KENDERAAN BAHARU MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

13 JANUARI 2025 (ISNIN) - Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu MPTI Tahun 2025 yang telah berlangsung bertempat di perkarangan Ruang Lobi MPTI. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan.
Sejumlah RM 1.7 Juta ringgit telah dipinjam daripada Kerajaan Negeri Perak kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk pembelian sebanyak 8 unit Lori, jenis 2 unit Lori Amroll, 3 unit Lori Open Tipper, 2 unit Lori Crew Cab dan 1 unit jenis Lori General cargo yang telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Perancang Bandar dan Landskap dan Bahagian Penguatkuasa MPTI bagi menjalankan tugas-tugas rasmi di kawasan pentadbiran MPTI.
Dengan pembekalan Jentera baharu ini, MPTI dapat mempertingkatkan lagi kualiti mutu perkhidmatan kepada warga Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk bagi memastikan perkhidmatan MPTI lebih efisien, lancar dan berkesan.
MPTI juga telah menerima sejumlah peruntukan RM14,478,630.98.00 bagi Tahun 2023 dan 2024 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi kerja-kerja Naik Taraf Sistem Perparitan, Jalan, Medan Selera, Taman-Taman Awam, serta Projek Tandas.
Hadir sama semasa sesi penyerahan tersebut Yang Behormat Tuan Woo Kah 吴家良 Woo Kah Leong (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Merangkap ADUN Pasir Bedamar), YBrs Puan Mufidah binti Mahfodz (Pegawai Daerah Hilir Perak), YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI), YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail (Setiausaha MPTI), Ahli-Ahli Majlis MPTI, serta barisan Pengarah Jabatan MPTI.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri Perak di atas penyaluran peruntukan dan pinjaman kepada MPTI.

1
10
11
12
2
3
4
5
6
7
8
9


aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA