Aktiviti & Berita

MPTI- KUDR JALUN KERJASAMA DIGITAL URUS PERMIT UTILITI

TELUK INTAN 20 JUN 2025 (JUMAAT) – Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkemas pengurusan permohonan permit utiliti secara dalam talian.
Majlis pemeteraian disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, YB Sandrea Ng , yang menyifatkan usaha ini sebagai selari dengan Agenda Perak Sejahtera 2030 dalam meningkatkan kecekapan serta ketelusan sistem penyampaian perkhidmatan.
Melalui kerjasama ini, MPTI akan mula menggunakan sistem atas talian KUDRAT bermula 1 Julai 2025, bagi permohonan korek gali utiliti di bawah kawalannya. Hadir sama Ketua Eksekutif PKNPk merangkap Pengarah Eksekutif KUDR, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Barisan Penagarah Jabatan MPTI.
KUDR bukan mengambil alih peranan PBT, sebaliknya bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu kelancaran penyelarasan kerja teknikal. Sistem KUDR kini turut diguna pakai oleh MBI dan MPT, manakala beberapa PBT lain di Perak menunjukkan minat untuk menggunapakai sistem yang sama. Langkah ini bukan sahaja mempercepatkan proses kelulusan permit, tetapi turut menyokong pembangunan bandar pintar serta kesejahteraan rakyat

1
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA