Aktiviti & Berita

KPKT PERUNTUKKAN RM5.4 JUTA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT TELUK INTAN

26 APRIL 2025 (SABTU) - TELUK INTAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui siri jelajah Sentuhan Kasih 3.0 di Teluk Intan.
Sebanyak RM5,459,690.00 diumumkan oleh YB Menteri, Tuan Nga Kor Ming untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, termasuk:
✅ RM1 juta - Naik taraf Medan Selera Glutton Square Baru, Teluk Intan
✅ RM300,000 - Bina Gelanggang Badminton berbumbung di Kampung Baru Pasir Bedamar
✅ RM4,159,690 - 22 projek pembangunan Kampung Baru di Daerah Hilir Perak
Program bermula dengan lawatan ke Medan Selera New Glutton Square, diikuti perasmian Gelanggang Badminton Kampung Baru Pasir Bedamar, yang kini menjadi pusat aktiviti sukan anak muda setempat.
Hadir sama YB Tuan 吴家良 Woo Kah Leong EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Pasir Bedamar, YBhg Datuk Wira Noor Azman Taib KSU KPKT, YBhg Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali Ketua Pengarah KPKT, YBrs Puan Mufidah binti Mahfodz Pegawai Daerah Hilir Perak, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI, YBrs En. Mohd Azhar bin Alias Setiausaha Perbandaran MPTI, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI.



1
10
11
12
13
14
15
16
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA