Bahasa Melayu | English | Lain     Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
   
 

 

 
     

 

PROSEDUR KERJA OSC

 

1. Adakah Jawatankuasa yang terlibat meluluskan permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan masih dikekalkan?

Dengan adanya Pusat Setempat semua Jawatankuasa yang sedia ada di PBT yang terlibat bagi kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan akan dimansuhkan.

 

2. Bagaimana penubuhan Pusat Setempat dapat memastikan proses permohonan cadangan pemajuan dengan cepat?

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah ditetapkan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat, Timbalan Pengerusi akan dilantik untuk mengambil alih tugasnya. Ini untuk memastikan perjalanan mesyuarat tidak tergendala. Selain itu, Urus Setia Pusat Setempat diberi masa 1 hari untuk mengedarkan permohonan-permohonan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan seperti yang ditetapkan selepas pendaftaran dan buka fail. Urus Setia Pusat Setempat perlu menetapkan semua permohonan yang kemuka sebelum pukul 12 tengahari akan didaftar, buka fail dan diedar pada hari yang sama. Manakala permohonan yang kemuka selepas 12 tengahari akan didaftar, buka fail dan diedar pada hari keesokannya. Urus Setia Pusat Setempat diberi tanggungjawab ini. Pada masa yang sama, Urus Setia perlu mengawal selia dan memastikan Jabatan Teknikal memberi ulasan teknikal dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 25 hari (konsep BKJ) atau 40 hari (konsep JKB).

 

3. Jabatan Teknikal diberi masa 25 hari untuk menyediakan ulasan teknikal. Bagaimana jika terdapat Jabatan Teknikal yang tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan?

Sekiranya Jabatan Teknikal tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan untuk sesuatu permohonan tanpa mempunyai alasan-alasan yang kukuh, mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan menimbang permohonan tersebut dan memberi keputusan.

 

4. Adakah tempoh masa yang ditetapkan ini hari bekerja atau hari kalendar?

Hari kalender.

 

5. Apakah jenis-jenis permohonan yang diterima oleh Pusat Setempat baru ini?

Pusat Setempat menerima permohonan seperti berikut:-

  1. Permohonan serentak tukar syarat dan pecah sempadan, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit;

  2. Permohonan serentak penyerahan balik dan pemberimilikan semula, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit;

  3. Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang;

  4. Permohonan tukar syarat, kebenaran merancang serta pelan bangunan;

  5. Permohonan kebenaran merancang;

  6. Permohonan pelan bangunan;

  7. Permohonan pelan kerja tanah;

  8. Permohonan pelan jalan dan parit;

  9. Permohonan dan pengeluaran CFO;

  10. Pengemukakan notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC;

  11. Pengeluaran laporan ketidakpatuhan sistem CCC; dan

  12. Permit untuk pembinaan kecil atau perubahan dan tambahan kecil.

6. Adakah pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan secara berasingan?

Di bawah inisiatif yang telah dilancarkan ini, pemohon adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan secara serentak iaitu permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain kepada Urus Setia Pusat Setempat. Namun demikian, pemohon masih mempunyai pilihan untuk mengemukakan permohonan secara berturutan atau berasingan kepada Urus Setia Pusat Setempat. Dari segi norma masa memproses adalah bergantung kepada jenis permohonan yang dikemukakan dan tidak tertakluk kepada jangkamasa 4 bulan atau 6 bulan seperti yang telah diputuskan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007.

 

7. Bagaimanakah sekiranya permohonan yang dikemukakan tidak lengkap?

Bagi permohonan yang tidak lengkap, Urus Setia Pusat Setempat hendaklah menerima permohonan tersebut dan memaklumkan kepada pemohon supaya mengemukakan dokumen tambahan yang diperlukan. Urus Setia Pusat Setempat hanya akan mendaftar permohonan yang lengkap dan akan diedarkan kepada jabatan-jabatan untuk diproses dan rujukan kepada Jabatan/Agensi Teknikal untuk ulasan dan pandangan. Jangkamasa memproses akan mula dikira apabila permohonan didaftarkan.

 

8. Adakah pihak kementerian menyedari ketidakseragaman keperluan permohonan dari segi jenis dan bilangan dokumen?

Pada masa kini, di setiap negeri mempunyai keperluan yang berbeza dari segi jenis dan bilangan dokumen. Adalah sukar untuk diseragamkan memandangkan setiap negeri mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun, dicadangkan senarai semak bagi jenis dan bilangan dokumen/pelan boleh diselaraskan di peringkat negeri mengikut jenis permohonan.

 

9. Adakah kepentingan semua kaum telah diambil kira dalam pelaksanaan dan fungsi OSC yang baru ditubuhkan?

Pelaksanaan Pusat setempat adalah bertujuan untuk mengurangkan karenah birokrasi di dalam proses dan prosedur cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pusat Setempat ini berfungsi untuk menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan membuat perakuan permohonan pembangunan tanah. Jawatankuasa Pusat Setempat akan bermesyuarat dan membuat keputusan berhubung permohonan yang diterima dan seterusnya memaklumkan keputusan permohonan kepada pemohon. Permohonan-permohonan yang diterima oleh Pusat Setempat akan dilayan dan diproses tanpa prejudis. Dari segi perlantikan Ahli Majlis di dalam Jawatankuasa Pusat Setempat pula, ianya adalah merupakan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak menetapkan sebarang pra syarat berhubung perlantikan Ahli Majlis serta komposisi kaum dalam Jawatankuasa Pusat Setempat ini.

 

10. Apakah kelayakan orang yang menyediakan dan mengemukakan permohonan kebenaran merancang?

Seksyen 21C Akta 172 memperuntukkan bahawa permohonan kebenaran merancang hendaklah disediakan oleh seorang yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui kaedah atau seseorang yang berhak berbuat demikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

 

11. Bagaimanakah sekiranya pemohon terkilan dengan keputusan kebenaran merancang?

Pemohon yang terkilan dengan keputusan permohonan kebenaran merancang boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan di negeri masing-masing.

 

Halaman: 1  2  3  4  5  6  

  Status
 

 

 
     
  Carian
 

 

 
     
  Logo 5S
 
     
  Perkhidmatan Kami
 

 

Senarai Perkhidmatan

  Perkhidmatan Utama yang disediakan MPTI Perkhidmatan Utama MPTI
  Kemudahan Sukan yang Terdapat di teluk Intan Kemudahan Sukan
  Pengurusan Sisa Pepejal di Teluk Intan Pengurusan Sisa Pepejal

 

e-Perkhidmatan

  Borang-borang yang dikeluarkan oleh MPTI Muat Turun Borang
  Semakan Penyata Cukai Taksiran Semakan Penyata Cukai Taksiran
  Semakan Penyata Sewaan Semakan Penyata Sewaan
  Semakan Kompaun Parking Semakan Kompaun Parking
  Semakan Pembekal Semakan Pembekal
  Semakan Perlesenan Semakan Perlesenan
  Sistem e-aduan Sistem e-aduan
  Senarai Bank untuk membuat bayaran Secara online E-Bayaran

 

Cadangan Awam

  (Sebarang cadangan berkaitan perkhidmatan MPTI,
sila klik di SINI)

 
     
  Kalendar

 

left left 06 Februari 2012 right right
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4

Lagi peristiwa bulan ini

 

 

5s MyGovernment KPKT MAMPU MSC 1 Malaysia

 

mysms kerajaan negeri perak
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Teluk Intan
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox Versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768