MENU

Pengeluaran Lesen Perniagaan & Penjaja

Majlis Perbandaran Teluk Intan memproses dan melesenkan perniagaan-perniagaan yang telah dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil Majlis serta memproses dan melesenkan iklan yang dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil Iklan (MDHP) 1996.

Kelulusan Pelan Binaan & Lesen Layak Menduduki

Majlis Perbandaran Teluk Intan memproses kelulusan Pelan Bangunan dan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki.Majlis Perbandaran Teluk Intan juga melaksanakan dan memantau Projek Pembangunan serta menyelenggara infrastruktur di dalam kawasan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Carian Maklumat Harta Dan Pertukaran Milik

Majlis Perbandaran Teluk Intan bertanggungjawab di dalam Penilaian dan Pengurusan Cukai Harta bagi maksud caruman membantu kadar dan juga pindah milik.

 

Kutipan Cukai Taksiran

a) Mewujudkan satu unit tindakan khas pungutan cukai taksiran dan   membuat carian maklumat perihal harta yang tertunggak dengan agensi lain seperti Pejabat Tanah, Bank dan Pihak Guaman.

b) Bekerjasama dengan lain-lain bahagian Majlis dengan menyekat urusan urusniaga sehingga tunggakan cukai diselesaikan.

c) Memberi kesedaran kepada pemilik harta dengan cara :-

  1. Mengedar risalah
  2. Hebahan melalui kain rentang
  3. Mengeluarkan surat peringatan

 

Aduan Awam 

Majlis Perbandaran Teluk Intan menerima aduan daripada orang awam melalui pelbagai saluran seperti:-

1. Aduan Bertulis (surat)
2. Telefon
3. Email
4. Faksimili
5. Secara Lisan

Setiap aduan awam yang diterima akan dikategorikan mengikut jenis aduan.Dalam usaha untuk memantau sebarang aduan awam, satu kaunter aduan telah diwujudkan di Bahagian Pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan.