MENU

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua PBT untuk menubuhkan Unit Pusat Setempat atau One Stop Center. Ianya bertujuan mempercepatkan proses kelulusan pelan bangunan dan Sijil Layak Menduduki(CFO).Kaunter OSC telah mula beoprasi pada 1 hb Januari 2004. Kaunter ini berperanan menerima setiap permohonan pembangunan tanpa perlu berurus dengan banyak kaunter. Konsep ini akan memudahkan para pelanggan membuat urusan dengan Pihak Majlis.
 

Fungsi OSC

  1. Membantu pemohon dalam mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan CFO.
  2. Menyelaras, mengawal dan memantau proses kelulusan bangunan dan CFO.
  3. Melapor status OSC kepada KPKT dan Kerajaan Negeri.
  4. Membuat analisa dan cadangan penambahbaikan.
  5. Permohonan serentak, tukar syarat dan tukar sempadan, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jaln dan parit.
  6. Permohonan serentak penyerahan balik dan pemberimilikan semula, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta jalan dan parit.
  7. Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang. 
  8. Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang serta pelan bangunan.
  9. Permohonan kebenaran merancang.
  10. Permohonan pelan bangunan.
  11. Permohonanpelan kerja tanah.
  12. Permohonan pelan jalan dan parit.
  13. Pengemukakan notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC.
  14. Pengeluaran laporan tidakkepatuhan sistem CCC dan;
  15. Permit untuk pembinaan kecil atau perubahan dan penambahan kecil.

Untuk memuat turun Borang Unit OSC, sila klik pautan di bawah :-