MENU
 

Pangkah

Kod QR

GFGFG

Peristiwa pelanggaran seekor gajah jantan dengan sebuah keretapi di Landasan Keretapi Sungai Kerawai, Teluk Intan

   Landasan Keretapi Sungai Kerawai Teluk Intan, akan tetap kekal dalam sejarah KTMB  walaupun perkhidmatan keratapi tiada lagi di bandar ini. Ini adalah kerana suatu kejadian pelanggaran seekor gajah jantan dengan sebuah keretapi yang dikatakan bersifatkan kepimpinan.

Mengikut sejarah, serangan luar jangkaan itu berlaku pada 17 September 1894 pada waktu senja di antara pukul 5-7 petang. Kejadian ini melibatkan keretapi wap yang membawa tiga gerabak penumpang yang dalam perjalannya dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Setibanya di Teluk Anson, sekarang dikenali sebagai Teluk Intan, keretapi tersebut dirempuh secara berhadapan oleh seekor gajah jantan yang sedia menunggu di tempat itu bersama sekawanan gajah.

Gajah tersebut yang dipercayai  adalah ketua dalam sekawanan gajah bertindak begitu untuk mempertahankan  gajah- gajah lain daripada dilanggar keretapi. Terdapat juga sumber lain mengatakan peristiwa ini berlaku kerana gajah itu menuntut bela ke atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api beberapa tahun sebelumnya, di tempat yang sama.

Rempuhan secara berhadapan yang sangat kuat, telah mengakibatkan gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Momentum pelanggaran yang amat kuat  itu telah mengakibatkan gerabaknya tergelincir dari landasan .

Sebuah memorial telah didirikan oleh pihak British sebagai peringatan terhadap keberanian dan tanggungjawab gajah jantan itu sebagai ketua kawanan yang sanggup mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan anak anak buah nya.  Papan tanda yang bertuliskan : THERE IS BURIED HERE A WILD ELEPHANT WHO IN DEFENSE OF HIS HERD CHARGED AND DERAILED A TRAIN ON THE 17 th DAY OF SEPT. 1894 yang masih tegak kukuh di tempat kejadian sehingga sekarang jelas mengiktirafkan sifat kepimpinan gajah tersebut sebagai ketua.

Sumber  lisan  daripada orang tempatan menyatakan bahawa dua orang warga India meninggal dunia dan penumpang lain mengalami kecederaan ringan dalam pelanggaran ini.

Sebagai peringatan kejadian sejarah tersebut, tengkorak gajah telah diawet dan dipamerkan di Muzium Perak yang berada di Taiping manakala tulang pahanya di tempatkan di muzium KTMB. Adalah difahamkan bahawa Pihak British telah membawa pulang gading gajah jantan itu Ke England.

WARISAN TELUK INTAN

WARISAN TELUK INTAN

WARISAN TELUK INTAN