PERMOHONAN
Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
Sila Muat Turun Borang & Syarat Permohonan di bawah:-
BIL | JAWATAN | GRED | TARAF | MUAT TURUN BORANG |
1 | IKLAN JAWATAN KOSONG | IKLAN JAWATAN KOSONG | ||
2 | PENOLONG JURUTERA | JA29 | KONTRAK | SKIM JAWATAN & SYARAT LANTIKAN |
3 | PEMBANTU TADBIR (P/O) | N19 | KONTRAK | SKIM JAWATAN & SYARAT LANTIKAN |
4 | PEMBANTU AWAM | H11 | KONTRAK | SKIM JAWATAN & SYARAT LANTIKAN |
5 | PENGAWAL KESELAMATAN | KP11 | KONTRAK | SKIM JAWATAN & SYARAT LANTIKAN |
6 | BORANG JAWATAN KOSONG | BORANG JAWATAN KOSONG |
B. Cara Permohonan
Maklumat lengkap berserta syarat kelayakan boleh didapati di portal rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan (www.mpti.gov.my).
C. Tarikh tutup permohonan: 13 JANUARI 2022
D. Permohonan akan DITOLAK sekiranya:
- Tidak lengkap atau tidak jelas.
- Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
E. CATATAN AM
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Pemohon yang berjaya ditemuduga hendaklah membawa bersama dokumen asal sebagai rujukan pihak MPTI.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
- Borang permohonan melalui pos dikehendaki melalui alamat:
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JALAN SPEEDY
36000 TELUK INTAN
31 Disember 2021