- Senarai Kekosongan Premis dan Borang permohonan penyewaan boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan pada waktu pejabat (8.00 pagi – 3.30 petang) dengan bayaran proses permohonan RM 20.00 setiap satu mulai 18 MEI 2022 (RABU) atau Muat Turun di SINI
- Tarikh tutup permohonan : Sebelum atau pada 31 MEI 2022 (SELASA) jam 3.30 petang
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup di atas ataupun tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak mendapat jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya gagal.
- Pemohon yang berjaya akan mendatangani satu perjanjian penyewaan dan mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
36000 TELUK INTAN
TARIKH : 18 MEI 2022