MENU

Piagam Pelanggan

"Kami, Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan berjanji untuk melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab demi untuk memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan kami".
Di dalam memenuhi cita-cita tersebut, kami telah menetapkan matlamat kerja dan perlaksanaannya seperti berikut:-

*Pengeluaran Lesen Perniagaan dan Penjaja
Permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat akan diberi   keputusan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan.

*Kelulusan Pelan Bangunan
Permohonan yang lengkap dan mendapat ulasan dari jabatan-jabatan teknikal akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh Majlis menerima ulasan.

*Pengeluaran Sijil Layak Menduduki
Permohonan yang lengkap dengan semua keperluan dan syarat telah disempurnakan akan diluluskan dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan oleh pejabat.

*Perkhidmatan Pengutipan Sampah
Kutipan sampah bagi kawasan pusat bandar akan dibuat setiap hari dan taman-taman perumahan 3 kali seminggu.

*Perkhidmatan Pemotongan Rumput
Pemotongan rumput bagi jalan laluan utama dibuat 2 kali sebulan dan sekali sebulan di kawasan perumahan.

*Perkhidmatan Pembersihan Longkang
Di pusat bandar, pembersihan longkang dilaksanakan seminggu sekali dan di kawasan perumahan sekali sebulan.

*Carian Maklumat Harta dan Pertukaran Maklumat Pindah Milik Permohonan yang lengkap akan diproses dan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan oleh pejabat.

*Tindakan Ke Atas Aduan Awam
Sebarang aduan awam akan diambil tindakan siasatan dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.