Logo MPTI
KETERANGAN LOGO
-
Bentuk Bulat melambangkan : "Bulat air kerana pembentung, "bulat manusia kerana muafakat".
-
Bunga Padi dikedua-dua belah logo melambangkan : terdapatnya jelapang padi di Daerah Hilir Perak.
-
Simbol Bangunan melambangkan : mercu tanda Bandar Teluk Intan yang sinonim dengan Bandar Menara Condong.
-
Warna biru dan simbol kapal di bahagian bawah logo melambangkan : Bandar Teluk Intan yang dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor yang menjadi nadi pengangkutan dan menjadi tuaian hasil sungai kepada penduduk tempatan.
-
Bentuk Gear berwarna kelabu melambangkan : terdapatnya industri hiliran seperti perusahaan minyak sawit, limbungan kapal, tekstil, hasil laut dan pelbagai perusahaan kecil dan sederhana.
-
Lengkungan berwarna merah melambangkan: keberanian dan semangat waja serta tegas dalam prinsip-prinsip menjalankan tugas yang semakin mencabar.
-
Bulatan berwarna kuning melambangkan : Daerah Hilir Perak adalah bandar Diraja untuk Raja Muda Perak semenjak tahun 1938. Penetapan ini dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918-1938) yang ketika itu menjadi sultan perak.
-
Simbol pokok yang berwarna hijau : melambangkan komitmen MPTI dalam memastikan kehijauan bandar ini terus terpelihara.