MENU

Objektif :

  • Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran tentang undang-undang dan peraturan MPTI;

  • Mewujudkan hubungan yang erat dan harmoni antara masyarakat dan MPTI; dan

  • Mewujudkan pasukan penguatkuasa yang berintegriti.
     

Fungsi :

  • Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan MPTI melalui tindakan-tindakan berikut :-

    • Pemantauan di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan mengambil tindakan penguatkuasaan seperti yang dibenarkan di bawah Akta, Undang-Undang Kecil serta Peraturan yang digunapakai oleh Majlis;
    • Pemeriksaan lesen dan permit dari semasa ke semasa;
    • Mengeluarkan notis/kompaun;
    • Mengambil tindakan rampasan dan sitaan;
  • Menerima, memproses dan mengeluarkan lesen anjing;
  • Mengurus dan menerima tuntutan barang rampasan dan sitaan;
  • Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan aduan-aduan awam berkaitan dengan penguatkuasaan;
  • Menguruskan rekod kompaun dan menyediakan kertas siasatan kes mahkamah; dan
  • Menyokong permohonan pengesahan tempat letak kenderaan perdagangan.

Piagam Pelanggan :

  • Memastikan penerimaan aduan awam direkod dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan siasatan serta tindakan diambil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Meluluskan permohonan lesen anjing yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh (30) minit;
  • Menyokong permohonan pengesahan tempat meletak kenderaan perdagangan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
  • Menghantar Notis Pembaharuan Lesen Anjing selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh tamat lesen; dan
  • Memastikan barang rampasan/sitaan yang dituntut oleh pemilik diserahkan dalam masa satu (1) hari bekerja selepas memenuhi syarat-syarat tuntutan.

Komitmen Penguatkuasa :

 

Ke arah mencapai visi serta objektif Bahagian Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi menguatkuasakan dan memperkasakan undang-undang serta peraturan, kami akan :

Sentiasa Berusaha Untuk Memberi Perkhidmatan Dengan Adil, Cekap dan Amanah Serta sentiasa Berpegang Teguh Kepada Etika Perkhidmatan Awam.