Bahasa Melayu | English | Lain     Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
   
 

 

 
     

 

KEMPEN

 

Tips Keselamatan Jalan Raya

 

Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:

  1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.
  2. Ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.
  9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.
  1. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.
  2. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak
  3. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.
  4. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.
  5. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)  
  6.  Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .
  7.  Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.

Semoga dengan langkah-langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan.  Jangan terburu-buru di jalan raya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat.

 

  Status
 

 

 
     
  Carian
 

 

 
     
  Logo 5S
 
     
  Perkhidmatan Kami
 

 

Senarai Perkhidmatan

  Perkhidmatan Utama yang disediakan MPTI Perkhidmatan Utama MPTI
  Kemudahan Sukan yang Terdapat di teluk Intan Kemudahan Sukan
  Pengurusan Sisa Pepejal di Teluk Intan Pengurusan Sisa Pepejal

 

e-Perkhidmatan

  Borang-borang yang dikeluarkan oleh MPTI Muat Turun Borang
  Semakan Penyata Cukai Taksiran Semakan Penyata Cukai Taksiran
  Semakan Penyata Sewaan Semakan Penyata Sewaan
  Semakan Kompaun Parking Semakan Kompaun Parking
  Semakan Pembekal Semakan Pembekal
  Semakan Perlesenan Semakan Perlesenan
  Sistem e-aduan Sistem e-aduan
  Senarai Bank untuk membuat bayaran Secara online E-Bayaran

 

Cadangan Awam

  (Sebarang cadangan berkaitan perkhidmatan MPTI,
sila klik di SINI)

 
     
  Kalendar

 

left left 06 Februari 2012 right right
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4

Lagi peristiwa bulan ini

 

 

Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Teluk Intan
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox Versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768