YANG DIPERTUA MPTI RASMI MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MPTI KALI KE-8
29 JANUARI 2026 - YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI selaku Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan MPTI (KSDK) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan MPTI kali ke-8.
Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Piala Pusingan Kejohanan Sukan Dalaman MPTI sesi 2024/2025, Majlis Apresiasi Jabatan dan Majlis Sambutan Tahun Baru 2026 juga Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Turut hadir YBrs Ts. Mohd Amir Md Khalid (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran) selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Kebaijkan MPTI, Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ahli-Ahli KSDK MPTI.