button
 
Bahasa Melayu | English | Lain     Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
   
 

 

 
     

 
Prosedur Kerja OSC
Jabatan Kejuruteraan
Pelaksanaan Sistem Perakuan Siap dan Pematuhan CCC
Tanggungjawab mengenai Pindahmilik Harta yang dikenakan Cukai Taksiran
Bahagian Penguatkuasa
Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta
Prosedur Kerja OSC
Q : Adakah Jawatankuasa yang terlibat meluluskan permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan masih dikekalkan?
A : Dengan adanya Pusat Setempat semua Jawatankuasa yang sedia ada di PBT yang terlibat bagi kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan akan dimansuhkan.
Q : Bagaimana penubuhan Pusat Setempat dapat memastikan proses permohonan cadangan pemajuan dengan cepat?
A : Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah ditetapkan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat, Timbalan Pengerusi akan dilantik untuk mengambil alih tugasnya. Ini untuk memastikan perjalanan mesyuarat tidak tergendala. Selain itu, Urus Setia Pusat Setempat diberi masa 1 hari untuk mengedarkan permohonan-permohonan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan seperti yang ditetapkan selepas pendaftaran dan buka fail. Urus Setia Pusat Setempat perlu menetapkan semua permohonan yang kemuka sebelum pukul 12 tengahari akan didaftar, buka fail dan diedar pada hari yang sama. Manakala permohonan yang kemuka selepas 12 tengahari akan didaftar, buka fail dan diedar pada hari keesokannya. Urus Setia Pusat Setempat diberi tanggungjawab ini. Pada masa yang sama, Urus Setia perlu mengawal selia dan memastikan Jabatan Teknikal memberi ulasan teknikal dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 25 hari (konsep BKJ) atau 40 hari (konsep JKB).
Q : Jabatan Teknikal diberi masa 25 hari untuk menyediakan ulasan teknikal. Bagaimana jika terdapat Jabatan Teknikal yang tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan?
A : Sekiranya Jabatan Teknikal tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan untuk sesuatu permohonan tanpa mempunyai alasan-alasan yang kukuh, mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan menimbang permohonan tersebut dan memberi keputusan.
Q : Adakah tempoh masa yang ditetapkan ini hari bekerja atau hari kalendar?
A : Hari kalender.
Q : Apakah jenis permohonan yang diterima oleh Pusat setempat baru ini?
A : Pusat Setempat menerima permohonan seperti berikut:- Permohonan serentak tukar syarat dan pecah sempadan, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit; Permohonan serentak penyerahan balik dan pemberimilikan semula, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit; Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang; Permohonan tukar syarat, kebenaran merancang serta pelan bangunan; Permohonan kebenaran merancang; Permohonan pelan bangunan; Permohonan pelan kerja tanah; Permohonan pelan jalan dan parit; Permohonan dan pengeluaran CFO; Pengemukakan notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC; Pengeluaran laporan ketidakpatuhan sistem CCC; dan Permit untuk pembinaan kecil atau perubahan dan tambahan kecil.


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2] [3]   selepas    terakhir  
  Status
 

 

 
     
  Carian
 

 

 
     
  Perkhidmatan Kami
 

 

Senarai Perkhidmatan

  Perkhidmatan Utama yang disediakan MPTI Perkhidmatan Utama MPTI
  Borang-borang yang dikeluarkan oleh MPTI Muat Turun Borang
  Kemudahan Sukan yang Terdapat di teluk Intan Kemudahan Sukan
  Pengurusan Sisa Pepejal di Teluk Intan Pengurusan Sisa Pepejal

 

e-Perkhidmatan

Kebanyakan Sistem ini Menggunakan Single Sign On(SSO).

  Semakan Penyata Cukai Taksiran Semakan Penyata Cukai Taksiran
  Semakan Penyata Sewaan Semakan Penyata Sewaan
  Semakan Kompaun Parking Semakan Kompaun Parking
  Semakan Pembekal Semakan Pembekal
  Semakan Perlesenan Semakan Perlesenan
  Sistem e-aduan Sistem e-aduan
  Senarai Bank untuk membuat bayaran Secara online E-Bayaran

 

Cadangan Awam

  (Sebarang cadangan berkaitan perkhidmatan MPTI,
sila klik di SINI)

 
     
  Kalendar

 

left left 19 Mei 2012 right right
I S R K J S A
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

Lagi peristiwa bulan ini

 

 

5s MyGovernment KPKT MAMPU MSC 1 Malaysia

 

5s MyHealth
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Teluk Intan
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox Versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768