| Objektif : Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran tentang undang-undang dan peraturan MPTI; Mewujudkan hubungan yang erat dan harmoni antara masyarakat dan MPTI; dan Mewujudkan pasukan penguatkuasa yang berintegriti.
Fungsi : Piagam Pelanggan : - Memastikan penerimaan aduan awam direkod dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan siasatan serta tindakan diambil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
- Meluluskan permohonan lesen anjing yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh (30) minit;
- Menyokong permohonan pengesahan tempat meletak kenderaan perdagangan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
- Menghantar Notis Pembaharuan Lesen Anjing selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh tamat lesen; dan
- Memastikan barang rampasan/sitaan yang dituntut oleh pemilik diserahkan dalam masa satu (1) hari bekerja selepas memenuhi syarat-syarat tuntutan.
Komitmen Penguatkuasa : Ke arah mencapai visi serta objektif Bahagian Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi menguatkuasakan dan memperkasakan undang-undang serta peraturan, kami akan : Sentiasa Berusaha Untuk Memberi Perkhidmatan Dengan Adil, Cekap dan Amanah Serta sentiasa Berpegang Teguh Kepada Etika Perkhidmatan Awam.
Carta Organisasi :
 Klik imej untuk melihat size sebenar Carta Organisasi |