Majlis mempunyai 9 Piagam Pelanggan yang memfokuskan pernyataan:- “Kami, Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan berjanji untuk melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab demi untuk memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan kami”. Di dalam memenuhi cita-cita tersebut, kami telah menetapkan matlamat kerja dan perlaksanaannya seperti berikut:- - Melayani serta merta setiap aduan serta mengambil tindakan siasatan dalam tempoh 24 jam kecuali pada hari Cuti Umum dan Kelepasan Am.
- Melaksanakan Perkhidmatan Perbandaran seperti berikut;
- Kutipan sampah dan pembersihan;
- Kawasan Bandar setiap hari.
- Kawasan Taman Perumahan selang sehari.
- Pembersihan longkang;
- Kawasan Bandar sekali sebulan.
- Kawasan Taman Perumahan sekali sebulan.
- Pemotongan rumput sekali sebulan di semua kawasan.
- Permohonan kelulusan lesen;
- Lesen penjaja, pasar, gerai dan permit dalam tempoh 3 hari.
- Lesen tred perniagaan dan perusahaan dalam tempoh 30 hari.
- Tempoh berurusan di Kaunter Bayaran tidak melebihi 10 minit.
- Menjelaskan tuntutan bayaran tidak lewat dari 9 hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap.
- Memproses rayuan bantahan nilaian dalam tempoh 1 bulan, pindah milik 3 hari dan pertukaran alamat serta merta.
- Pengeluaran bil-bil;
- Taksiran untuk ½ Tahun Pertama tidak lewat daripada 15 Disember dan 15 Julai bagi ½ Tahun Kedua.
- Bil Lesen Tahunan tidak lewat 15 Disember.
- Menimbangkan Permohonan Serentak Kebenaran Merancang, Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan, Pelan Susun Atur dan Cadangan Pemajuan dalam tempoh 139 hari.
- Permohonan kelulusan pelan binaan Rumah Sesebuah dan Ubahsuai Bangunan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
|