LATAR BELAKANG TELUK INTAN |
Sejarah Penubuhan :
Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003. Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004. Sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan penyatuan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT):
Disokong oleh prasarana yang sangat baik, pengurusan bandar yang lebih cekap telah dikendalikan oleh majlis daerah semenjak ditubuhkan pada tahun 1980. Hasil daripada penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Hilir Perak. Semenjak itu, pertumbuhan bandar terus berkembang pesat seperti industri, perumahan, perdagangan pelancongan, pembangunan lanskap dan keindahan bandar, infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan dan lalulintas menjadi asas yang penting yang kemudiannya melayakkan majlis daerah dinaiktaraf.
Kawasan Pentadbiran :
Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan adalah 152.97 km persegi.

Klik imej untuk saiz sebenar Peta Teluk Intan
Profil Daerah :
Luas kawasan : 1800 km persegi Perbandaran = 152.97 km persegi Daerah = 1,683 km persegi] Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) mentadbir kawasan seluas 126.9 km2. 8% daripadanya adalah kawasan kawalan pembangunan dibawah seliaan MPTI. Luas kawasan operasi MPTI ialah 34.96 km2 manakala cadangan perluasan kawasan seluas 25.97 km2 Jumlah Penduduk Kawasan MPTI : 110,228 orang (Statistik tahun 2000) |