SEJARAH RINGKAS

  Sejarah Ringkas

 

Latarbelakang

BAHAGIAN induk kerajaan Perak terletak di kawasan Hilir Perak. Ini dapat disimpulkan berdasarkan makam-makam Sultan yang ada disepanjang Sungai Perak dan Kuala Bidor (Kampung Trengganu) sehingga Teluk Bakung. Kerajaan Perak memang mula-mula bertapak di Sungai Perak; dahulu ia lebih biasa disebutkan sebagai .negeri Perak dan segala jajahan takluknya. Sebelum berlakunya berbagai perkembangan bermula daripada kurun ke-19, Sungai Perak adalah saluran perhubungan terpenting bagi Kerajaan Perak.

Banyak saudagar yang melawat ke Sungai Perak sejak zaman awal-awal lagi. Pada masa Belanda berada di Melaka, sebuah loji telah didirikan di Tanjung Putus. Satu lagi tempat bersejarah disepanjang Sungai Perak tetapi kurang diketahui ialah Kota Lumut (bukan kawasan Lumut di Dinding). Pada tahun 1766, Raja Lumu (keturunan Bugis yang diakui sebagai Raja Selangor) telah datang ke Kota Lumut dan di sana baginda ditabalkan oleh Sultan Mahmud (Perak) sebagai Yang Dipertuan Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin.

Sejak awal-awal lagi Perak terkenal sebagai pengeluar bijih timah. Laporan seorang pegawai Inggeris (James Low) mengatakan bahawa bijih timah dikerjakan di Bidor, Batang Padang, Chenderiang, Kampar, Kinta, Sayong, Budara dan Bakau. Bijih timah itu dieksport melalui Sungai Perak. Kebanyakan kapal singgah di Kuala Bidor untuk memungut bijih timah. Dan Laksamana Perak mendirikan kediamannya di Kuala Bidor. Tempat itu dianggap strategis; ia membolehkan Laksamana mengawal eksport dan import; dan situ ia dapat mengawasi kapal-kapal yang berlalu di sepanjang Sungai Perak menuju Selat Melaka atau dari Selat Melaka. Nampaknya kapal-kapal yang besar tidak belayar lebih jauh dari Kuala Bidor.

Pada awal kurun ke-19, dalam laporannya mengenai geografi setengah-setengah negeri Melayu, termasuk Perak, seorang Inggeris (John Anderson) telah menyebutkan tempat-tempat yang lebih terkenal di sepanjang Sungai Perak: tempat-tempat itu dari laut hingga jarak lebih kurang 55 kilometer ke kawasan pendalaman adalah seperti berikut (mengikut ejaan asal):

 

Palawat

Sirih

Dalang

Pakolit

Tomanda

Simpang Binjei

Harrowan

Tanjong Putus

Batu Kubit Jejawi

Dorian

Jelawat

Udang Abu

Kubu, dan

Matania

 

Selanjutnya, tempat yang disebutkan oleh Anderson ialah Kuala Bidor; menurutnya kampung-kampung berhampiran dengan Kuala Bidor ialah: Kijai, Rasau Rabali, Teluk Chang Kalibat,Sirdang, Checkossan dan Krang.

 

            Jika sekiranya maklumat yang diberikan oleh Anderson itu tepat,  besar kemungkinan selepas awal kurun ke-19, beberapa perubahan telah berlaku. Sekurang-kurangnya di sepanjang Sungai Perak dalam jarak lebih kurang              10 kilometer ke bawah Kuala Bidor telah muncul beberapa kampung; yang terpenting ialah Batak Rabit, Teluk Mak Intan, Pasir Berdamar dan di kawasan Kuala Bidor sendiri, Durian Sebatang. (Lihat Peta A). Wujudnya tempat-tempat itu tidak perlu diragukan kerana selain daripada Teluk Mak Intan, nama tempat-tempat lain itu masih dikekalkan. Terdapat cerita lisan yang menarik tentang asal usul nama Batak Rabit, Teluk Mak Intan dan Durian Sebatang.

 

            Tentang Batak Rabit, dipercayai penduduk asalnya adalah orang Batak. Kemudian datang orang Melayu maka timbullah keperluan untuk membezakan 'Batak' dengan 'Melayu'. Untuk mengatasi masalah itu satu aturan telah diadakan oleh penghulu kampung.  Aturan itu mewajibkan orang Batak di situ menebuk telinga dan memakai subang. Tidak lama selepas itu orang Batak telah menjadi sasaran ejekan dan sindiran orang Melayu yang memperolokkan tentang keadaan telinga orang Batak yang seolah-olah koyak atau rabit itu. Justeru itu, lama kelamaan ia menjadi kesedapan kepada sebutan penduduk-penduduk di kampung itu maka tempat itu dinamakan Batak Rabit.

 

            Mengenai Durian Sebatang pula, menurut cerita orang tua-tua, kampung itu mendapat namanya demikian kerana di hujung tanjung kampung tersebut terdapat sepohon pokok durian yang sangat tinggi lagi besar. Orang yang berlalu di kawasan itu dapat melihat pohon tunggal itu dari jarak jauh. Apabila ternampak sahaja pohon itu. 

 
 

Tapak dimanaBandar Teluk Anson diletakkan.

 

 

pautan
  • msc
  • mampu
  • 1m
  • malaysia
  • jpbsm
  • msc
  • mampu
  • 1m
  • malaysia
  • jobsm